hembusan sayu...

malam terasa dingin, agungnya cinta Maha Kaya....setelah berkali-kali aku menerima petunjuk dariNya, aku mulai mengerti, mungkin apa yang ditemukan ku itu bukan apa yang aku perlukan. Ini hanya satu percaturan hidupku yang telah dirancang olehNya Maha Pencinta

Buat kesekian kalinya aku terpukul. Aku terpana dengan realiti dan kenyataan. Tiada yang mampu memahami selainNya. Jahilnya aku. Segalanya sudah terbentang di depan mata, namun aku pilih untuk tidak mngerti.

Aku pilih untuk tidak peduli dek menurut hawa nafsu. Setiap orang pula pasti ada tafsiran tersendiri andai aku mula bercerita. Kini aku hanya mampu tersenyum. bibir hanya mampu melebar, sedangkan lidah sudah terkunci. Aku hanya memilih untuk membisu. Tiada apa lagi perlu dibahaskan. Apa pun yang terjadi, aku tidak berhak untuk menghakimi. Aku sebagai hambanya hanya mampu menghulurkan kemaafan. Aku harus berjanji pada diri, cerita ini hanya ku semat dalam diri.

Kini aku hanya mahu mengatur langkah baru. Aku mula bertatih semula, rompongnya tetap ada sebabny aku hanya manusia biasa. Tiada daya aku jika hanya itu kemampuanku. Melupakan dan mulakan semula.


 




No comments:

Post a Comment