sleeping pils

aku tertanya sendiri kenapa sleeping pils ekk?
ni aku xplain sikit fungsinya. pertama sekali mestilah untuk menidurkan diri. seterusnya pula berfungsi sebagai penenang diri atau dalam kata yang lebih mudah difahami iaitu untuk melarikan kotak fikiran daripada berfikir perkara yang tak sepatutnya difikirkan.

yes, ni sebenarnya yang aku nak story dalam entry kali ni. Jiwa celaru. kotak sempit ni walaupun dengan kemampuan yang luar biasa untuk simpan segala benda, tapi rasa tak tertanggung yang satu nih. Karenah manusia yang kadang-kadang tak serupa manusia.

Orang kan, kalau dah kena batang hidung sendiri barula mau pkir an?
nape tak pke dulu sebelum buat?
wa ingat wa yang otak sempit ni je buat keje bodoh camtu an.
wa rasala, mangkuk tu lagi dshyat daripada wa la...

haiya...
tapi kan, walaupun orang kata aku ni budak-budak la...
fikiran tak matang ke, janji aku happy dengan apa yang aku buat..
buat relaksz suda....
yang penting aku tak kacau idup sapa-sapa k...
melainkan individu tertentu yang cari pasal...
please lah...bersama-sama kita renungkan k..:)
salam n nyte..

*mlm ni pjg cikit sebab lama dh aku tak membebel nih...heee...

ni kisahnya....

gadis ini sekali lagi tewas...
namun hatinya tetap tekad...
tidak seperti dulu...
kali ini omonganya tiada bo'ong...


cuma keadaan memaksanya untuk bersembunyi seketika di sebalik dinding rompong ini...
gadis ini hanya mahu memohon maaf andai ada yang terguris...:)

gadis ini...

gadis ini,
sakitnya dalam hati hanya dipendam
bagai sembilu lekat di kerongkong...
dadanya sesak, sungguh sukar untuk bernafas...

tiada kata yang terluah..
hanya mata yang berenang dalam lautan...
seumpama lautan tiada penghujungnya...

kini dia tekad..
setekad gunung yang gah berdiri..
kini dia hanya berserah....
menyerah seluruh kehidupannya pada yang maha Esa...

bukankah begitu asasnya kehidupan manusia?
sepatutnya kita kembali kepada Maha Pencipta...
semakin kaki menapak jauh, semakin itu jua aku kehilangan diri...

keterlaluan imaginasiku hinggakan aku hanya ingin disini...tidak ke mana-mana....

ketakutan untuk berdepan dengan realiti...

aku tidak sanggup untuk mengadapi sebarang kemungkinan lagi..

tapi jika ku hentikan, apakah semua bakal berakhir?

tapi, dirimu selalu ada untuk menyakinkan aku...

menyedarkan aku tentang urusanku yang belum selesai...

sebelum aku menutup mata....

muzik hati...

    ermmm...kali ni lain benar rentaknya. petikan gitar dan pukulan dram dah tak sehaluan...

 kali ni serasa macam lebih selesa menjadi bisu dan hanya mampu memerhati tanpa perasaan. haih...
lebih selesa  begini, kurang kontroversi bermaksud kurang masalah...hihi *perasan macam artis*

    raya kali ni even cuti lamanya dah macam cuti sem, tapi dengan rezeki yang ala kadar aku tidak mampu menjejakan kaki ke sana. Rindunya...."sabar" perkataan yang menjadi ubat setiap kali aku jatuh sakit.

   tapi berkat keramahan aku, terisi jugak kesepian yang melanda jiwa. *mengada lak bermadah*huhu....
4 hari ni lak dah terisi dengan aktiviti fav aku...iaitu......MAKAN...hihi...makan, makan dan makan....itu jela selain mandi dan tido...syok an?

nak tahu aku makan apa? meh aku gtau satu persatu....hrmm 1st day, menunya nasi dagang origin from ma....
hari kedua, bertandang ke rumah atuk anis...menunya, daging masak kicap, sup daging, ikan masin masak sambal,sayur kacang n pengat ubi..kut...tapi yang penting sedap...hihi...hari ketiga, hari ni menunya soto origin from anis and umi... :)

memang rasa tinggal kat heaven makanan la....tapi sebenarnya tu yang menjadi kerisauan ayah. Ayah, relax suda...hihi...dia risau takut tak ada orang nak kat anak dia kut..yela zaman sekarang kan..badan model yang keding macam orang tak makan 10 hari tu yang menjadi pujaan ramai....

haish, aku tak pernah terfikir pun sampai ke situ...jodoh kan, susah nak ramal...
tapi pada masa yang sama aku ada sebab tersendiri, sebab cik abang aku kata dia tak kisah, tapi memang kena control jugak makan tkut penyakit pulak yang datang berduyun2...

ni la serba sedikit prjalann hidup duka sebab tak dapt balik, tapi terubat jugak...:)...dengan adanya FOOD!...sukernyer...xoxo...mmuahhhhh..

untuk awak...

setiap hari saya mengira hari. setiap hari saya bermimpi. Alangkah baik kalau cepat je masa berputar....

awak, tolong gapai tangan saya. Saya dah keseorangan. Tak siapa yang sudi...hrmm...

Jiwa saya sakit, semakin tenat. Saya dah tak mampu nak berfikir. Hanya awak dan DIA yang mengerti.

ini hidup!

jika dipetik jari dan segalanya berubah...

alangkah bahagia seisi alam....

namun mana pahitnya tak terasa...

hidup kan...nak kata apa...

cabaran demi cabaran...

mungkin itu yang terbaik...


reverse...

ermm...tonight, I'm crying...

I just get blank...

I don't know much... what I'm looking for or what I really need, I just don't know...

I only know what I want....that hapiness...the passion...that I used to have it before...

I want to be that girl...which is the true me...

live this life to the fullest without need to suffer as much as now...

erm...and every night I waste in sigh~



drama????


Semalam, sebenarnya satu berita yang agak mengejutkan..

hrrmmm....

drama ke tak drama bukan silap kita untuk menilai...

hakikatnya semua yang berlaku antara sedar tak sedar semuanya.... DRAMA..

DRAMA dunia...

Jung sendiri mengatakan bahawa pesona merupakan kompromi antara kehendak persekitaran dan keperluan individu.......

pesona?

adalah topeng yang digunakan oleh pemain2 drama greek pada suatu ketika dulu..

macam ni...kut?
 
jika ditanya pasal sejarah, maaf saya tidak tahu....

tapi apa yang dapat disimpulkan disini, drama itu sebenarnya satu keperluan hidup...


tujuan?

untuk menjamin hubungan baik dan memelihara hubungan walaupun kadang kala kelihatan songsang...

semestinya juga memberi kesan jika insan bersembunyi disebalik topeng tersebut....

dan sebenarnya itu yang memenatkan...


jikalau saya penat...

ada tak sesiapa yang sedia memahami saya?

jikalau saya sedih...

ada tak sesiapa yang sedia menemani saya...?


hari ni saya penat sangat.

dah dua hari saya menahan diri untuk berehat seketika.

cuma hari ini.

tapi saya telah menerima hukumannya.

~sigh